Followers

Saturday, March 26, 2011

SPM

Tarikh : 23 Mac 2011, Rabu, Keputusan SPM telah dikeluarkan dan sebagaimana biasa, keputusan akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Kali ini, terbaik sejak 4 tahun yang lalu. Tahniah kepada Menterinya iaitu yang juga Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin. Mana mungkin keputusan lebih teruk.

Tahun ini juga, 3 orang cucu Mek mendapat keputusan masing-masing. Siti Auni Athirah memperolehi 4A, Adibah juga 4A manakala Muhammad Arif Shahmi pula mendapat 2A. tahniah diucapkan dan semoga mendapat tempat pula di IPTA/S. 

Thursday, February 17, 2011

Perkhemahan Pengakap Remaja

Bermula 17 Feb hingga 19 Feb 2011, selama 3 hari 2 malam, seorang ahli  KHC telah menyertai Perkhemahan Pengakap Remaja kali Pertama, 2011 yang diadakan di Kem Kijang, dekat Kota Bharu. Beliau ialah Muhammad Amin Nasrin Bin Md Razi. Beliau mewakili Maahad Muhammadi Lelaki yang menghantar satu patrol seramai 23 orang terdiri dari pelajar tingkatan 4 dan 5. Azam beliau tahun ini untuk mendapatkan anugerah Pengakap Raja. Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga menjadi ikutan dimasa akan datang. 

Monday, February 14, 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432H

Sebentar tadi telah berlangsung majlis Maulidur Rasul di rumah Mek. Majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas oleh YBhg Ustazah Kak Yah kemudiaannya diiringi dengan bacaan selawat beramai-ramai. Majlis diakhiri dengan jamuan laksa.

Friday, February 11, 2011

Riadah atau Jalan-jalan......?

Dalam konteks bahasa, riadah lebih menjurus kepada penggabungjalinan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu. Namun pengertian riadah itu lebih meluas dari apa yang kita katakan sebagai jalan-jalan.

Sepanjang 2 tahun lalu, 2009 dan 2010, keluarga kita telah beriadah ke dua tempat berbeza. Pertama ke Melawi (Sungai Dua), Bachok dan yang terbaru ke La Hot Spring, Jertih, Terengganu. Apa yang nyata dari riadah berkeluarga begini, hubungan antara keluarga akan menjadi lebih erat dengan segala hiruk pikuk anak-anak dan cucu-cicit.

Mungkin riadah ini boleh diadakan dengan lebih kerap lagi? 2 kali dalam setahun....

Semua mungkin gembira bila beriadah sebegini, namun apa yang lebih penting ialah bagaimana ianya boleh mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan ini.
Riadah ke 2 di La Hot Spring, Jertih, Terengganu pada Disember, 2010.
Berhenti rehat selepas daki bukit kecil ke tempat air panas Kg La

Thursday, February 10, 2011

Selamat Berjuang......

Tanggal 7 Feb yang lalu, seorang insan dari keluarga besar ini telah terbang ke KK. terbangnya beliau demi suatu hasrat yang suci, untuk mendidik anak bangsa yang dahagakan ilmu pengetahuan. Lebih manis lagi, beliau akan menggalas 'title' ustazah dalam menerangi jiwa anak-anak merdeka.

Perjalanan ke sana akan membuka lembaran sejarah baru kerana beliaulah satu-satunya , mula-mulanya dan yang pertama dari keluarga ini akan berkhidmat di sana.

Khas untuk Nurul Ain bt Hj Aripin...... selamat berjuang di Bumi Di Bawah Bayu, Sabah. Ingatlah, ini adalah sebuah perjuangan dan ini juga adalah sebuah penghijrahan.
Nurul Ain duduk di tengah bertelekung kuning.

Tuesday, February 8, 2011

Selamat Bersua di Persada Maya

Assalamualaikum wbt

Bersua buat pertama kalinya di Alam Maya menerusi Blog Keluarga Hj Champelus. Semoga Blog ini akan menjadi penghubung antara semua ahli keluarga Hj Champelus bin Ronotikeromo dan Hjh Rakiah bt Hj Ismail.

Semua ahli keluarga Hj Champelus dibenarkan untuk 'update'kan Blog ini. Sila dapatkan user id dan password dari Cikgu G.

Jadikanlah Blog ini sebagai suatu wadah untuk kepentingan dan kemashlahatan keluarga kita.

Wallahu- a'lam.
Wassalamualaikum wbt.